Sekadar Berkongsi Maklumat...
Ramai yang beranggapan, seks sewaktu hamil adalah kurang elok dan berbahaya. Mereka berpendapat, melakukan hubungan seks sewaktu hamil boleh menyebabkan jangkitan kuman ataupun kecedaraan kepada bayi di dalam kandungan. Tanggapan ini sememangnya TIDAK BENAR.
Hubungan seks sewaktu hamil sebenarnya tidak berbahaya kepada bayi, ini kerana terdapat lendir dari servik (mulut rahim) ibu yang dapat membantu melawan terhadap sebarang kuman/infeksi yang masuk ke dalam pintu rahim. Selain itu juga, sudah memang semulajadi, Allah jadikan bayi di dalam kandungan itu, dilindungi oleh cairan ketuban serta otot rahim dan perut ibu yang kuat disepanjang waktu kehamilan.
Namun begitu, jika mengalami tanda-tanda kehamilan yang berisiko tinggi. Doktor anda selalunya akan menasihatkan mengurangkan atau tidak melakukan hubungan seks buat seketika. Antara contoh keadaan kehamilan berisiko tinggi adalah seperti:-
* Ancaman keguguran bayi.
* Kedudukan plasenta yang rendah.
* Usia kelahiran pramatang.
* Perdarahan vagina atau keluar cairan yang tak diketahui
penyebabnya serta berlaku kekejangan.
* Pelebaran servik.
* STD atau penyakit seksual yang berjangkit.
Manakala, mengenai posisi hubungan seks yang sesuai sewaktu hamil pula,ada beberapa posisi yang mungkin boleh cuba, mengikut keselesaan antaranya :-
* Posisi wanita diatas. Ini adalah posisi yang paling selesa bagi
ramai ibu hamil, ini kerana pada posisi ini wanita dapat mengawal
kedalaman penetrasi.
* Posisi duduk. Posisi ini biasanya pada kehamilan pertengahan atau
lanjut dimana tidak memerlukan banyak gerakan. Lelaki duduk dan
wanita duduk diatasnya saling berhadapan atau membelakangi lelaki
(apabila perut sudah sangat besar). Posisi ini juga membolehkan
wanita untuk mengawal kedalaman penetrasi.
* Posisi laki-laki diatas tetapi berbaring hanya separuh tubuh.
* Posisi berlutut atau berdiri.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments on "SeKs SeWaKtU HaMiL"
Post a Comment